Kalahkan Goliatmu

Seorang gembala cilik yang berhasil mengalahkan dan membunuh raksasa bengis menjadi salah satu kisah yang sampai sekarang ini dikagumi oleh banyak orang. Kisah tersebut adalah tentang gembala kambing Daud mengalahkan Goliat. Dalam kisah ini, Daud berhasil mengalahkan Goliat dengan hanya memakai batu kecil yang dilempar menggunakan “umban”.

Daud mampu mengalahkan dan membunuh Goliat, bukan kerana dia hebat, kuat atau pintar. Tetapi semata-mata kerana pertolongan Tuhan. “Engkau mendatangi aku dengan pedang dan tombak dan lembing, tetapi aku mendatangi engkau dengan nama Tuhan semesta alam.” kata Daud kepada lawannya.

Dalam kehidupan ini, kita Kadangkala harus berhadapan dengan goliat-goliat iaitu masalah atau kesulitan, yang membuat kita cemas dan takut, namun kita boleh belajar seperti Daud yang mengandalkan Tuhan dalam menghadapi raksasa bengis itu.

Masalah yang kita hadapi mungkin seperti raksasa yang menakutkan dan seolah-olah kita tidak mampu melaluinya, apalagi untuk menang dari masalah ini. Tetapi kabar baik untuk kita semua adalah, Tuhan selalu ada untuk berperang bagi kita jika kita percaya dan berharap padaNya.

Jangan mengandalkan manusia atau kekuatan sendiri. Andalkanlah Tuhan. Seperti Daud yang mengandalkan Tuhan dan dia mampu melawan Goliat. β€œDiberkatilah orang yang mengandalkan Tuhan, yang menaruh harapannya pada Tuhan”.


Leave a Comment