
“Kita akan berbahagia jika mampu mengubah masalah menjadi hikmah.”
Semua orang kalau boleh, tidak mau ada masalah bukan? Kita selalu menganggap masalah itu musuh yang perlu dihindari. Tetapi tahukah anda bahawa kita sebenarnya perlu berterima kasih dengan masalah itu. Aiks?! Kenapa begitu?
Masalah adalah cara yang paling ampuh dan mujarab untuk mengajar kita tentang apa yang baik dan apa yang buruk (good and bad). Bahkan masalah, kesulitan atau penindasan boleh membawa seseorang mendekat kepada Tuhan.
Namun ada juga yang memilih untuk menjauh dan lari meninggalkan Tuhan. Semua itu tergantung bagaimana sikap dan respons kita terhadap masalah itu.
Daud pahlawan yang mengalahkan Goliat itu berkata, “Bahwa aku tertindas itu baik bagiku, supaya aku belajar ketetapan-ketetapan-Mu.” Daud faham bahawa masalah adakalanya terjadi akibat dari kesalahan kita sendiri. Jika kita peka, ini adalah kesempatan bagi kita untuk mengoreksi dan memperbaiki diri.
Namun tidak semua orang dapat memandang setiap permasalahan dengan cara pandang yang positif. Kita berterima kasih jika Tuhan menegur kita melalui masalah, kerana Dia menghajar orang yang dikasihi-Nya. Jadi bukan tanpa tujuan jika Tuhan mengizinkan masalah terjadi dalam hidup ini.
Kita patut berterima kasih kerana peringatan-peringatan Tuhan ini membuat kita semakin melekat kepada Tuhan, menyadari keterbatasan dan tidak lagi memegahkan diri sendiri.