“Jangan bimbang, jangan takut⦔
Sejak Daud berjaya mengalahkan Goliat timbul kebencian dan iri hati dalam diri Saul terhadapnya. Saul berusaha membunuh Daud namun gagal. Daud ada kesempatan 2 kali untuk membunuh Saul, tapi dia tidak melakukannya.
Daud percaya bahwa Tuhan sentiasa melindunginya. Namun Daud pernah mengalami keruntuhan iman dan kebimbangan membayanginya. Dia terlalu memikirkan hal buruk yang belum terjadi,sehingga ia memutuskan untuk lari ke negeri orang Filistin. Daud lupa akan kedahsyatan kuasa Tuhan yang berulang kali telah melepaskannya dari rancangan-rancangan jahat manusia.
Kitapun sering bimbang sesuatu yang buruk akan terjadi. Kita membiarkan hati dan fikiran kita dibelenggu oleh kebimbangan. Research menguraikan bahawa 40% kebimbangan manusia adalah tentang hal-hal yang tidak terjadi, 30% tentang hal yang sudah terjadi, 12% tentang kesihatan, dan 10% tentang keresahan sehari-hari. Jadi 92% kebimbangan kita sebenarnya adalah tidak perlu.
Serahkanlah kuatirmu kepada TUHAN, maka Ia akan memelihara engkau. Tidak untuk selama-lamanya dibiarkan-Nya orang benar itu goyah.
