Move On.

“…sesungguhnya yang baru sudah datang.”

Dalam kehidupan ini adakalanya kita perlu melepaskan dan meneruskan. Ini berlaku bukan sahaja dalam hubungan romantis, tetapi dalam pekerjaan,situasi kehidupan sehari-hari, hubungan profesional dan persahabatan.

Namun, walaupun kita secara intelektual memahami hakikat ini,kadangkala kita sukar mempraktikkannya. Kita sukar mengucapkan ‘goodbye’ kepada masa lalu atau manusia lama kita.

Ada ayat mengatakan, “…aku melupakan apa yang telah di belakangku dan mengarahkan diri kepada apa yang di hadapanku,”

Masa lalu sudah berlalu dan tidak mungkin terulang kembali. Kita adalah manusia baru. Jika kita terus dibayang-bayangi oleh masa lalu sampai bila pun kita tidak akan dapat ‘move on’ . Ada orang suka yang membangga-banggakan masa lalunya kerana diwarnai prestasi dan kejayaan. Ada pula yang suka melupakan masa lalu kerana penuh kegagalan dan kepahitan hidup. Ucapkan ‘goodbye’ dan ‘move on’.

Hidup kita akan berubah jika kita punya penyerahan diri penuh kepada Tuhan. Miliki tekad yang kuat untuk meninggalkan masa lalu atau kehidupan lama. Jika kita sudah meninggalkan kehidupan lama jangan menoleh ke belakang lagi.

Leave a Comment