Mengasihi Musuh.

Tetapi Aku berkata kepadamu: Kasihilah musuhmu dan berdoalah bagi mereka yang menganiaya kamu.”

Mengasihi musuh tidak bermaksud bahawa kita tiba-tiba menjadi kawan mereka. Perkataan “musuh” berasal dari bahasa Latin ” inimicus” yang bermaksud “bukan kawan“. Namun tidak bermaksud semua orang yang bukan kawan adalah musuh kita.

Dunia mengajar kita untuk membalas setiap perbuatan jahat yang dilakukan oleh orang lain terhadap kita. Tetapi jika kita mahu menjadi orang yang berbeda dan berdampak, kita boleh belajar untuk mengasihi musuh kita.

1. Berikan penghormatan sejati kepada musuhmu selayaknya yang harus diterima oleh semua orang dengan penuh belas kasihan.

2.Berusahalah untuk mengenal dan memahami mereka dengan lebih baik – harapan, ketakutan, kebimbangan, dan aspirasi mereka.

3.Jangan berpegang pada kekuatan dan keyakinan sendiri. Andalkanlah Tuhan.

4.Jangan menghakimi dan menilai orang, tetapi perhatikan kesan tindakan mereka. Apakah tindakan mereka membangun atau menjatuhkan

5.Seboleh-bolehnya, perlihatkan kebaikan dengan ikhlas kepada musuh dan berdoalah untuk mereka.

6.Praktikkan “penyangkalan diri”. Adakalanya Tuhan memakai orang-orang yang “menjengkelkan” sebagai cara untuk membentuk kita.

Mari kita sama-sama belajar mengasihi musuh kita.

Leave a Comment