Kesempatan Kedua

Di kesepian malam, tampak seorang gadis cantik sedang memandu laju kenderaannya. Kerana terlalu penat dan mengantuk, tiba-tiba tanpa sedar dia melanggar sebuah pohon besar.

Oleh kerana hentakan yang kuat di kepala, gadis itu koma dan dirawat di hospital. Setelah kesedarannya pulih kembali, ia baru tahu kalau kenderaan yang dipandunya hancur teruk dan jika melihat keadaan kereta itu, seharusnya pemandunya pasti meninggal dunia.

Ajaibnya, dia masih hidup (walaupun mengalami gegaran otak yang parah, tulang paha yang patah menjadi enam, dan lebam sana-sini. Dia harus menjalani operasi dan proses terapi penyembuhan yang lama dan menyakitkan).

Waktu pakciknya datang menjenguk, gadis bersungut-sungut tentang kehidupannya, β€œDunia sungguh tidak adil! Dari kecil aku sudah ditinggalkan oleh ayahku. Walaupun aku tidak pernah hidup berkekurangan tetapi teman-temanku jauh lebih baik hidupnya. Gara-gara ibu membelikan kereta buruk, aku kecelakaan. Wajahku pun sudah cacat. Malang sungguh hidupku..”

Pakciknya yang mengenal gadis itu dari kecil menegur keras, β€œLuna! Wajahmu rupawan, tetapi jiwamu ternyata tidak. Ibumu bekerja keras selama ini hingga hidupmu berkecukupan. Lihatlah sekelilingmu, begitu banyak orang yang tidak seberuntung kamu. Tidak perlu menyalahkan orang lain. Kecelakaan ini kerana kesalahanmu sendiri. Pernahkan kamu fikirkan, seandainya kecelakaan itu merenggut nyawamu, bekal apa yang kamu bawa untuk mempertanggungjawabkan seluruh perbuatanmu di hadapan Sang Pencipta? Tuhan begitu baik, memberi kesempatan kedua kepadamu untuk hidup lebih lama. Itu artinya, kamu harus hidup lebih baik. Apakah kamu mengerti?”

Luna terpana sesaat dan lirih menjawab, β€œTerima kasih pakcik Jo. Saya akan mengingat nasihat pakcik. Biarlah luka di wajah ini sebagai pengingat agar aku tahu diri dan mampu untuk bersyukur”.

Sesungguhnya setiap hari di setiap hembusan nafas kita adalah β€œkesempatan kedua”. Kesempatan untuk selalu mengingat kebaikan yang telah kita terima dan mengingatkan kita untuk selalu berbuat baik kepada orang lain juga.

Manfaatkan setiap kesempatan yang ada dengan menjalankan ibadah dan amanah.

Leave a Comment