
Jika kita ingin pergi ke suatu tempat tetapi tidak tahu arah dan jalannya, apa yang akan kita lakukan? Berdiam diri tentu tidak akan memberi jalan keluar. Satu-satunya cara yang kita harus lakukan adalah bertanya untuk menghindari kita dari tersesat.
Kehidupan kitapun begitu, kerana terlalu banyak masalah mungkin membuat kita tidak tahu lagi ke mana harus memulakan langkah. Ketika itu terjadi, apakah kita akan bertanya kepada Tuhan untuk mencari jawabannya?
Kematian raja Saul tidak serta-merta melancarkan perjalanan Daud untuk menaiki takhta menjadi raja. Daud sendiri pun tidak tahu apa yang harus dilakukan atau ke mana ia akan melanjutkan perjalanannya. Lalu Daud bertanya kepada Tuhan kerana ia tahu Tuhan akan memberitahunya apa yang harus dilakukan. Dan Tuhan meminta Daud untuk pergi ke Hebron.
“Kemudian bertanyalah Daud kepada TUHAN, katanya: ‘Apakah aku harus pergi ke salah satu kota di Yehuda?’ Kata TUHAN kepadanya: ‘Pergilah.’ Lalu kata Daud: ‘Ke mana aku pergi?’ JawabNya: ‘Ke Hebron.'”
Pada saat itu Daud belum mengerti maksud Tuhan hingga beberapa waktu menetap di kota itu. Sampai akhirnya orang-orang Yehuda mengurapinya dan mengangkatnya menjadi raja Yehuda.
Dalam situasi terjepit dan dituntut untuk segera mengambil keputusan, langkah apa yang akan kita lakukan? Akankah kita bertanya kepada Tuhan?
Diperlukan kerendahan hati untuk bertanya dan menerima jawaban Tuhan. Kerana kadangkala jawaban Tuhan itu tidak sesuai dengan kehendak kita. Tapi maukah kita tetap taat?
Kadang kita harus menjalani sebuah perjalanan yang tidak mudah dan beberapa kali bertemu hambatan, namun perjalanan kita akan berakhir dengan indah. Kerana arahan Tuhan selalu berbuah kebaikan pada akhirnya.