
Christina Onassis (11 Disember 1950 – 19 November 1988) ialah seorang ahli perniagaan, sosialit dan waris kepada kekayaan raja kapal Yunani. Dia adalah satu-satunya anak perempuan Aristotle Onassis dan Tina Onassis Niarchos.
Kerana terlalu kaya Christina Onassis, menyelesaikan banyak masalahnya dengan wang. Christina sanggup membayar $ 30,000 sekali sebulan untuk jet peribadinya demi untuk mendapatkan bekalan minuman kegemarannya iaitu Diet Coke yang hanya ada di Amerika Syarikat dan dia pula tinggal di Eropah.
Sewaktu bercuti di Austria dan menyadari bahwa rakaman David Bowie favorit nya tertinggal di rumahnya yang terletak di Swiss, dia sanggup mengarahkan pilotnya untuk mengambilnya. Christina juga akan menawarkan wang tunai kepada teman-temannya untuk menemaninya selama 24 jam. Begitulah betapa mewahnya kehidupan Christina Onnasis. Hampir apa saja yang diinginkan mampu dibelinya.
Kelihatannya penuh dengan kebahagiaan bukan? Namun,
masa kecil Christina sangat tidak menentu dan sentiasa kesepian. Orang tuanya bercerai dan ayahnya sering tidak ada di sampingnya.
Setelah dewasa, keempat-empat pernikahannya bermasalah dan berakhir dengan penceraian. Dia mengalami depresi dan beberapa kali mencuba untuk bunuh diri.
Dalam tempoh 29 bulan, Christina kehilangan seluruh keluarga terdekatnya. Abangnya Alexander meninggal dunia dalam nahas kapal terbang di Athens pada 1973 pada usia 24 tahun. Ibunya meninggal dunia akibat disyaki overdosis dadah pada tahun 1974, bapanya meninggal dunia pada Mac 1975.
Christina sendiri mati muda, pada usia 37 tahun (1988)dunia akibat serangan jantung yang disebabkan oleh edema pulmonari akut .
Kebahagiaan yang dunia tawarkan adalah semu,palsu dan tidak abadi. Sekalipun kita memiliki semuanya (wang, harta, populariti, pangkat), tidak menjamin kebahagian. Hanya mendekatkan diri dengan sumber kebahagian iaitu Sang Pencipta kita beroleh bahagia.“Berbahagialah orang-orang yang memegang peringatan-peringatan-Nya, yang mencari Dia dengan segenap hati.”