
Steve bercita-cita menjadi penulis. Ia pun meminta saranan daripada gurunya ms.Alice tentang cara menulis.
Ms.Alice menyarankan Steve banyak membaca buku. Namun Steve menolak kerana dia tidak suka membaca.
Lalu ms.Alice menyarankan Steve untuk berkenalan dengan penulis atau bergabung dalam komuniti penulis. Steve menolak juga kerana alasan pemalu.
Ms.Alice ada idea lain iaitu menyarankan Steve mencari ilham dari internet. Sekali lagi Steve menolak dengan alasan dia tidak tahu apa yang perlu dicari di internet.
Ms.Alice geram lalu bertanya, “Jadi kamu mau apa?”
Steve menjawab, “diberi saranan agar dapat menulis.”
Penyebab kenapa Steve menolak semua saranan ms.Alice bukan kerana saranan itu susah atau tidak dapat dilakukan, tetapi sebenarnya Steve malas atau culas.
Ada peringatan tentang kemalasan yang pernah dituliskan: “Hati si pemalas penuh keinginan, tetapi sia-sia, sedangkan hati orang rajin diberi kelimpahan.” Seandainya Steve mau berusaha dengan tekun, lama-kelamaan dia akan mampu menulis.
“Hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih.” Tuhan dan manusia tidak tertarik dengan pemalas. Memiliki kemampuan, tetapi tidak mau berusaha. Keinginannya banyak, tetapi tidak mau ‘bayar harga’. Ingin semua berjalan dengan mudah dan lancar, tanpa tangannya bekerja.
Oleh itu, lebih baik berusaha dan dapat sedikit daripada tidak berusaha sama sekali,kerana pasti tidak dapat apa-apa. Pakailah setiap sumber daya yang tersedia untuk menghasilkan yang terbaik.