Bersinar Terang

β€œYou are the light of the world.”

Berlian sering dikaitkan sebagai teman baik wanita. Segala-galanya tentang berlian adalah cantik. Daripada potongan, warna dan saiz yang berbeza kepada cara ia memantulkan cahaya dan kerdipan seperti sejuta bintang.Β Dan bukan sahaja ia cantik tetapi ia kuat.

Perkataan berlian berasal daripada perkataan Yunani ‘adamas‘ yang bermaksud tidak dapatΒ dikalahkanΒ atauΒ tidak dapat dihancurkan. Dan satu-satunya perkara yang boleh mencalarkan berlian adalah berlian lain. Ini kerana ia terdiri daripada satu unsur yangΒ paling tulenΒ dari semua batu permata. Tidak hairanlah kenapa berlian sangat berharga.

Kita ini ibarat berlian itu, kita bersinar terang. Itulah salah satu tujuan kita dicipta. Kita diciptakan dengan penuh kasih tujuannya untuk kita dapat mengasihi orang lain juga. Kita diciptakan dengan penuh kebaikan tujuannya untuk kita melakukan kebaikan kepada orang lain juga.

Kita adalah terang dunia, jangan biarkan cahaya kita tersembunyi. Biarkan terang kita bersinar dan menerangi kegelapan dunia ini.

Pancarkan terang kita telah terima. Mungkin pelita kita kecil, namun cahaya terangnya tetap diperlukan di dunia yang gelap ini. Bersinarlah dengan sikap, tutur kata, dan perbuatan yang baik.

Jangan takut ditolak. Sang pencipta kita sudah menyediakan rancangan damai sejahtera untuk kita. Dia tidak pernah mengingkari janji-Nya.

Leave a Comment