βπ½πππ, πππππππππ ππππ’ πππππππ ππππππ πππ π¦πππ ππππ ππππ’ πππππ ππ‘ππ’ πππ π¦πππ ππππ ππππ’ ππππ’π πππ πππππππππ πππππ πππ‘πππ’.β
Situasi dunia saat ini sering membuat hati kita cemas. Orang-orang kurang berada,cemas tentang bagaimana memenuhi keperluan hidup, orang-orang berada pula cemas memikirkan harta kekayaan yang dimiliki. Mau disimpan di mana, takut dirompak, atau cukupkah untuk menjamin kelangsungan hidup keturunannya.
Kita akan menjadi cemas jika hati dan fikiran kita terfokus hanya kepada perkara-perkara duniawi, padahal semua yang ada di dunia ini bersifat sementara saja.
Kecemasan adalah sesuatu yang dirancang oleh si jahat untuk menghasilkan stres, ketegangan dan maut. Kita boleh menghindari rasa cemas ini dengan belajar bersyukur dan menyerahkan segala kekuatiran kita kepada-Nya, sebab Ia yang memelihara kita sampai saat ini dan selamanya.
Kita mungkin berkata, “saya sudah berdoa tapi masih merasa cemas.” ini kerana kita tidak menyerahkan segala permasalahan hidup kepada Tuhan, tapi hanya sebagian saja atau beberapa saja, dan berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan kekuatan sendiri. ββ¦ππππ πππ’-π πππ’πππ ππππππ ππππππ πππ»π΄π πππππ πππ ππ ππππ ππππππ, πππ πππ ππππππ‘πππ-ππ¦ππππ ππππππ ππππ πππππππ ππ ππππππ.β
Category Archives: self-help
Jaga Hatimu
“π½ππππππ πππ‘πππ’ ππππππ π πππππ πππ€ππ ππππππ, ππππππ ππππ π ππ‘π’πππ π‘ππππππππ ππππππ’πππ.”
Banyak orang berkata dalam hidup ini kita harus menjaga fikiran, harta, kesihatan, dan sebagainya. Itu semua baik dan penting. Namun ada satu hal terpenting yang harus dijaga lebih dari pada yang lain, dan adalah HATI.
Jagalah hatimu baik-baik, sebab hatimu menentukan jalan hidupmu. Ada hubungan antara hati dan jalan hidup kita. βπ΅πππππππ πππππ π‘ππππ πππππππ πππ‘π ππ’ππππππ¦π π¦πππ ππ’πππ ππ‘π’, πππ ππππππ ππ‘π’ ππππππ πππ ππππ ππππππ.β
Hati memiliki peranan yang penting dalam hidup kita. Hati adalah pusat kegiatan hidup manusia. Banyak penyakit manusia yang berpunca dari virus tetapi ada satu virus yang sangat berbahaya. Virus itu adalah sakit hati dan iri hati, yang dapat menyebabkan kerohanian kita mandul dan mati.
βπππ π’ππππ’πππ¦π, πππππ πππππ ππππ’ππ’π ππππ π ππππ‘ πππ‘π, πππ πππππ πππππ πππππ‘ππππ ππππ πππ πππ‘π.β
Jangan menganggap virus sakit hati dan iri hati itu remeh. Mari kita menjaga hati kita dari kontaminasi virus berbahaya ini.
βπ΄ππ πππππ-πππππ πππππππ π ππππ‘ ππππ π ππππ ππππππ’ππ ππππππ π¦πππ ππππππ π, πππ πππ πππ π ππππ π ππππ πππ ππππππ-πππ ππππππ ππππππ… “
Kata-kata vs Tindakan
Suatu hari, seorang wanita meminta bantuan kepada pendeta kerana tidak ada tempat berteduh. Oleh kerana sangat sibuk dan tidak berdaya untuk membantu, pendeta itu berjanji akan mendoakan wanita tersebut. Beberapa saat kemudian wanita itu menulis puisi seperti ini:
πππ¦π πππππππππβ¦
πππ π΄πππ πππππππ‘π’π ππππππππ πππ ππ’π π π’ππ‘π’π ππππππππππππ πππππππππ π ππ¦π.
πππ¦π π‘πππππππππβ¦
πππ π΄πππ ππππ¦ππππππ ππ πππππ π’ππ‘π’π ππππππ ππππ πππππππ ππ π ππ¦π.
πππ¦π π‘ππππππππβ¦
πππ π΄πππ πππππππ‘πππ¦ππππ πππππ πππ‘π πππππ¦ππππ ππππππππππ π ππ¦π.
πππ¦π π ππππ‘β¦
πππ π΄πππ πππππ’π‘π’π‘ πππππππππ π π¦π’ππ’π ππππππ ππ’πππ ππ‘ππ πππ ππππ‘ππ π΄πππ.
πππ¦π π‘ππππ πππ π‘πππππ‘ ππππ‘πππ’πβ¦
πππ π΄πππ πππππππ‘πππ π‘πππ‘πππ ππ’πππ π ππππππ π‘πππππ‘ ππππ‘πππ’πππ πππππ.
πππ¦π πππ πππππβ¦
πππ π΄πππ ππππππππππππ π ππ¦π π ππππππππ π’ππ‘π’π ππππππ.
π΄πππ πππππππ‘ππ πππππ‘π’ π π’ππ, πππππ‘π’ πππππ‘ ππππππ ππ’πππ.
πππ‘πππ π ππ¦π π‘ππ‘ππ ππππ‘ πππππ, πππ πππππ, πππ ππππππππππβ¦
Kadang kita sendiri mungkin tidak jauh beza dengan pendeta tersebut. Dalam memberi bantuan, kita kerap lebih banyak menyampaikan teori, nasihat, atau perkataan-perkataan manis. Namun, tidak ada satu pun tindakan nyata yang kita lakukan.
Mengasihi bukan hanya dengan perkataan atau dengan lidah, tetapi dengan perbuatan. Seribu kata mutiara tidak ada artinya jika tidak ada satu saja perbuatan nyata.
“π΄πππ-ππππππ’, πππππππ πππ‘π ππππππ πππ ππ’πππ ππππππ ππππππ‘πππ ππ‘ππ’ ππππππ πππππ, π‘ππ‘πππ ππππππ πππππ’ππ‘ππ πππ πππππ πππππππππ.”
Kesempatan Kedua
Di kesepian malam, tampak seorang gadis cantik sedang memandu laju kenderaannya. Kerana terlalu penat dan mengantuk, tiba-tiba tanpa sedar dia melanggar sebuah pohon besar.
Oleh kerana hentakan yang kuat di kepala, gadis itu koma dan dirawat di hospital. Setelah kesedarannya pulih kembali, ia baru tahu kalau kenderaan yang dipandunya hancur teruk dan jika melihat keadaan kereta itu, seharusnya pemandunya pasti meninggal dunia.
Ajaibnya, dia masih hidup (walaupun mengalami gegaran otak yang parah, tulang paha yang patah menjadi enam, dan lebam sana-sini. Dia harus menjalani operasi dan proses terapi penyembuhan yang lama dan menyakitkan).
Waktu pakciknya datang menjenguk, gadis bersungut-sungut tentang kehidupannya, βDunia sungguh tidak adil! Dari kecil aku sudah ditinggalkan oleh ayahku. Walaupun aku tidak pernah hidup berkekurangan tetapi teman-temanku jauh lebih baik hidupnya. Gara-gara ibu membelikan kereta buruk, aku kecelakaan. Wajahku pun sudah cacat. Malang sungguh hidupku..β
Pakciknya yang mengenal gadis itu dari kecil menegur keras, βLuna! Wajahmu rupawan, tetapi jiwamu ternyata tidak. Ibumu bekerja keras selama ini hingga hidupmu berkecukupan. Lihatlah sekelilingmu, begitu banyak orang yang tidak seberuntung kamu. Tidak perlu menyalahkan orang lain. Kecelakaan ini kerana kesalahanmu sendiri. Pernahkan kamu fikirkan, seandainya kecelakaan itu merenggut nyawamu, bekal apa yang kamu bawa untuk mempertanggungjawabkan seluruh perbuatanmu di hadapan Sang Pencipta? Tuhan begitu baik, memberi kesempatan kedua kepadamu untuk hidup lebih lama. Itu artinya, kamu harus hidup lebih baik. Apakah kamu mengerti?β
Luna terpana sesaat dan lirih menjawab, βTerima kasih pakcik Jo. Saya akan mengingat nasihat pakcik. Biarlah luka di wajah ini sebagai pengingat agar aku tahu diri dan mampu untuk bersyukurβ.
Sesungguhnya setiap hari di setiap hembusan nafas kita adalah βkesempatan keduaβ. Kesempatan untuk selalu mengingat kebaikan yang telah kita terima dan mengingatkan kita untuk selalu berbuat baik kepada orang lain juga.
Manfaatkan setiap kesempatan yang ada dengan menjalankan ibadah dan amanah.
Hidup Yang Penuh ‘Kejutan’.
βππππππ‘π ππ’πππ ππ ππππππππππ, ππππ’ πππ¦π’, π πππππ‘π πππ¦πππ-πππ¦πππ ππ ππππππ ππππ¦ππ πππ π‘ππππ πππππ‘ ππππ‘ππππ.β
Perjalanan hidup manusia di dunia ini selalu diwarnai dengan kejutan-kejutan. Kadang ada tawa, kemudian berganti dengan tangis, ada keberhasilan, tapi ada juga yang harus menelan pahitnya kegagalan. Kejutan demi kejutan kadangkala seperti sebuah hantaman palu yang datang secara bertubi-tubi tanpa melihat status dan pangkat.
Memang, kejutan yang berupa masalah atau pun penderitaan itu menimpa setiap orang. Namun satu hal yang menguatkan kita adalah Tuhan tidak pernah merancangkan kecelakaan, melainkan rancangan damai sejahtera untuk memberikan hari depan yang penuh harapan. Di tengah kejutan-kejutan yang terjadi dalam kehidupan ini kita harus percaya ββ¦bahwa Dia turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia.
Setia Sepanjang Waktu
“πππ‘πππ πππ‘π π
π’π‘: π½ππππππππ πππ ππ πππ’ ππππππππππππ ππππππ’ πππ ππ’ππππ ππππππ π‘ππππ πππππππ’π‘π ππππππ’; π ππππ ππ ππππ ππππππ’ πππππ, ππ π ππ‘π’ ππ’πππππ πππ’ πππππ, πππ ππ ππππ ππππππ’ ππππππππ, ππ π ππ‘π’ ππ’πππππ πππ’ ππππππππ…”
Rut menantu kepada Naomi. Setelah suaminya meninggal, Rut tetap setia dan tidak ingin meninggalkan mertuanya itu.
Rut mengikatkan dirinya dengan mertuanya dengan kesetiaan dalam segala aspek kehidupannya. Tujuan, perjuangan, tempat hidup, cara hidup, budaya, bangsa, dan agama,iman dan lain-lain.
Kesetiaan Rut kepada mertuanya sangat kuat sampai apabila matinya nanti pun ingin dikuburkan di tempat yang sama dengan mertuanya. Definisi kesetiaan beginilah yang menjadi harapan bagi semua orang.
Kita juga boleh memilih untuk berharap dalam kesetiaan antara satu dengan yang lain sampai mati dan dikuburkan sebagai orang setia. Dari kesetiaan akan tumbuh kasih dan kasih akan berbuah kesetiaan.
“π½ππππππππ ππππππ¦π πππ ππ πππ π ππ‘ππ ππππππππππππ ππππππ’.πΎπππ’ππππππππ ππ‘π’ ππππ πππππππ’, π‘π’πππ ππππππ ππ‘π’ ππππ πππ πππ‘πππ’.”
Di Dalam Dunia Ada Dua Jalan.
“π·π πππππ ππ’πππ πππ ππ’π πππππ
πΏππππ πππ π πππππ‘, ππππ πππ’ πππππ
ππππ πππππ πππ πππ€πππ’ πππ‘π,
ππππ π¦πππ π πππππ‘ πππ€πππ’ ππππ πππ.”
Kita berjalan pasti ada tujuannya. Kita berjalan untuk mencapai sesuatu.
Namun ada juga yang malas berjalan dalam hidup ini dan hanya mengikut arus kehidupan. Ia ditentukan oleh situasi di mana ia berada atau terserah apa saja kata orang, yang penting aman, kata hati nurani tidak pernah dipermasalahkan.
Perjalanan yang benar adalah yang sengaja dilakukan mengikut route dan peta yang didasari kebenaran untuk mencapai matlamat hidup.
Peta bagi pejalan kebenaran adalah di dalam Tuhan dan bersama Tuhan. Itulah jalan yang menuju hidup. Tidak ada jaminan bahwa jalan kebenaran selalu mulus tetapi Tuhan sendiri membawanya kepada tujuan hidup itu.
Murtad adalah berbalik dari jalan Tuhan. Hanya kesenangan duniawi yang menjadi dasar perjalanannya. Kelihatan baik dan menyenangkan tetapi menuju kehancuran, maut dan jalan yang tidak diberkati.
“π·π πππππ πππππππππ π‘πππππππ‘ ππππ’π, π‘ππ‘πππ πππππ ππππ’ππ‘ππππ ππππ’ππ’ πππ’t.”
Di Mana Kebahagiaan Itu?
“πππππ π¦πππ ππππ ππ πππ‘πππ¦π ππππ’πππ¦π π πππππ’ ππππ π πππ‘ππ π.”
Pada suatu hari,Tuhan memanggil tiga malaikatnya. Sambil menunjukkan sesuatu Tuhan berkata, βIni namanya π²ππππππππππ. Ini sangat bernilai. Ini dicari dan diperlukan oleh manusia. Simpanlah di suatu tempat supaya manusia sendiri yang menemukannya. Jangan ditempat yang terlalu mudah sebab nanti kebahagiaan ini disia-siakan. Tetapi jangan pula di tempat yang terlalu susah sehingga tidak dapat ditemukan oleh manusia. Dan yang penting, letakkan kebahagiaan itu di tempat yang bersihβ
Maka turunlah ketiga malaikat itu ke bumi untuk meletakkan kebahagiaan tersebut. Tetapi dimana meletakkannya?
Malaikat pertama berkata βLetakkan dipuncak gunung yang tinggiβ.
Tetapi para malaikat yang lain kurang setuju.
Lalu malaikat kedua berkata, βLetakkan di dasar samuderaβ.
Usul itupun kurang disepakati.
Akhirnya malaikat ketiga membisikkan usulnya. Ketiga malaikat langsung sepakat. Malam itu juga ketika semua orang sedang tidur, ketiga malaikat itu meletakkan kebahagiaan di tempat yang dibisikkan tadi.
Sejak hari itu kebahagiaan untuk manusia tersimpan rapi di tempat itu. Rupanya tempat itu cukup susah ditemukan. Dari hari ke hari, tahun ke tahun, kita terus mencari kebahagiaan. Kita semua ingin menemukan kebahagiaan. Kita ingin merasa bahagia. Tapi dimana mencarinya?
Ada yang mencari kebahagiaan sambil hiking ke gunung, ada yang mencari di pantai, ada yang mencari ditempat yang sunyi, ada yang mencari ditempat yang ramai.
Kita mencari kebahagiaan di sana-sini. Di shopping mall, di cafe, di tempat ibadah, di kolam renang, di lapangan olah raga, di skrin tv, di office, dan lain-lain. Ada yang mencari kebahagiaan dengan kerja keras, sebaliknya ada pula yang bermalas-malasan. Ada ingin bahagia dengan mencari kekasih dan menikah, ada yang mencari nama, kekayaan, popularity, ada yang menciptakan lagu, ada yang mengarang buku, dan lain-lain.
Semua orang mau menemukan kebahagiaan. Kebahagiaan itu diletakkan oleh tiga malaikat secara rapi. Dimana mereka meletakkannya?
ππ ππππ ππππ ππππππ.
Kasih Bapa
Di China, ada sepasang suami isteri yang baru saja menikah dan begitu mendambakan seorang anak. Mereka bersyukur kerana melahirkan puteri pertama mereka dengan lancar, sihat dan selamat. Sang ayah yang begitu senang menyambut kelahiran anaknya lalu menggendong puterinya, menamainya Meggie lalu membisikkan kata-kata di telinga Meggie, βanakku, memilikimu adalah anugerah terindah didalam hidupku. Aku berjanji akan mengasihimu seumur hidupkuβ.
Waktu berlalu, Meggie semakin hari semakin bertumbuh menjadi remaja yang cantik. Ayah Meggie begitu mengasihinya. Ia memberikan apapun yang Meggie inginkan agar puteri kesayangannya itu merasa bahagia. Namun, tanpa diduga, Meggie hamil. Meggie ketakutan, ia menceritakan semua kepada sang ibu. Ibunya dengan kesabaran dan penuh kasih sayang berusaha menenangkan Meggie. Meggie takut memberitahukan hal ini kepada ayahnya. Ia membayangkan betapa marahnya sang ayah apabila ia mengetahui bahwa puteri kesayangannya yang selama ini dibanggakannya hamil di luar nikah.
Meggie sedar ia telah melukakan hati ayahnya. Namun bagaimanapun Meggi sadar ia tetap harus memberitahukan hal ini kepada ayahnya. Ketika menceritakan apa yang terjadi kepada ayahnya, wajah marahlah yang terlihat dari raut muka sang ayah. Meggie semakin takut, ia gemetar ia menutup mata dan tak berani menatap wajah ayahnya. Namun ternyata bukannya marah, sang ayah justru memeluk erat Meggie sambal berbisik, βAku mencintaimu anakku, aku tidak pernah melupakan janjikuβ
Dalam kehidupan ini kita mungkin pernah melakukan kesalahan atau dosa yang besar,yang membuat kita merasa tidak layak lagi untuk diampuni. Namun percayalah bahwa Tuhan kita sangat mengasihi kita dan sangat bersukacita bila kita datang kepadaNya, bahkan Dia memeluk dan berbisik “Aku mengasihi engkau, anakku.”
“β¦ππππππππ’π πππ πππ’ πππππ π πππππ‘π ππππππ§π, ππππ πππππππ ππ’π‘ππ π πππππ‘π π ππππ’; π πππππππ’π ππππ€ππππ πππππ π πππππ‘π ππππ πππ π’πππ, ππππ πππππππ ππ’π‘ππ π πππππ‘π ππ’ππ’ πππππ.”
Nikmati Setiap Detik Di Hidupmu
Sekumpulan pelancong mempunyai waktu 30 minit untuk menyaksikan matahari terbit di puncak gunung.
Begitu fajar tiba, semua sibuk bergambar. Akibatnya, mereka tidak sempat berdiam diri untuk menyaksikan dan menikmati indahnya momen itu, saat sinar matahari perlahan-lahan menerangi gunung dan lembah, saat langit berubah menjadi jingga, betapa agungnya burung-burung helang terbang di kejauhan dengan pekikan suara membelah kesunyian pagi, menikmati hangatnya matahari pagi menerpa wajah.
Pelancong pulang dengan hanya membawa koleksi gambar, tetapi kehilangan momen terindah. Mereka pernah ke sana, tetapi tidak pernah sungguh hadir di sana.
Tuhan selalu memberikan momen yang indah kepada kita. Momen untuk beribadah. Momen untuk berkumpul bersama keluarga. Momen untuk menunjukkan rasa cinta pada hari ulang tahun kekasih kita. Momen untuk menyaksikan keindahan alam ciptaan Tuhan.
Pastikan kita benar-benar hadir dan menikmati setiap momen yang ada. Jangan biarkan kesibukan kita merusak momen yang indah itu.










