
Hutan sedang kacau-balau. Hari itu terjadi perang besar. Pasukan burung dan pasukan binatang buas sedang berperang.
Ternyata ada satu haiwan yang tidak ikut berperang. Seekor kelawar. Ia hanya bersembunyi dari balik pohon sambil memerhati mereka yang sedang berperang.
Hari itu pasukan binatang buas menang. Dengan segera si kelawar keluar dan bergabung dengan mereka merayakan kemenangan. Ia mengaku dirinya binatang buas.
“Ada kamu pernah melihat burung yang memiliki gigi taring seperti aku? Tentu tidak, bukan? Jadi aku bukan burung, tetapi termasuk binatang buas.” Begitu alasannya setiap kali ada binatang buas yang bertanya.
Waktu pasukan binatang buas lengah berpesta, ternyata pasukan burung sudah merancangkan pembalasan dendam.
Tiba-tiba pasukan burung menyerbu perkampungan binatang buas. Binatang-binatang buas itu kelam kabut kerana tidak ada persiapan. Perang kali ini dimenangi pasukan burung.
Melihat kemenangan pasukan burung di kelawar segera bergabung dengan mereka. Ia mengaku dirinya burung kerana memiliki sayap dan boleh terbang.
Tapi muslihat si kelawar sudah ketahuan. Akhirnya ia dibenci, baik oleh burung maupun oleh binatang buas.
Kononnya sejak itulah kenapa kelawar suka menyembunyikan diri pada siang hari, dan baru keluar untuk mencari makan pada malam hari.
Dalam peperangan, tidak mungkin kita menjejakkan kaki sekaligus di atas dua kubu yang berlawanan. Begitu juga jika kita memilih menjadi orang percaya. Kita harus meninggalkan segala sesuatu yang bertentangan dengannya.
Kita tidak lagi mengejar kepuasan dan keinginan peribadi, tetapi memilih untuk menganut hal-hal yang baik dan benar. Kita tidak dapat mengikuti jalan orang percaya dan memuaskan hawa nafsu daging pada masa yang sama.









